TIADA WANG UNTUK BELAJAR?

Wednesday, March 17, 2010


Semestinya.. soalan yang sering bermain di benak kita bila sebut tentang belajar lebih tinggi ialah .. mana nak cari duit…?Ini memang diakui. Tetapi, mengenai hal belajar dan kewangan ni, saya rasa kitaboleh contohi bangsa Cina. Mereka sanggup kurang makan, kurang berhibur, kerja keras demi pendidikan anak-anak. Bukan semua orang Cina kaya-kaya tetapi ramai anak-anak mereka yang belajar tinggi, banyak yang belajar sampai ke luar negeri dan kebanyakannya tanpa bantuan kerajaan.

Saya bimbang juga tengok trend sedemikian kurang di kalangan keluarga melayu.Bukan semua orangMelayu miskin tetapi prioriti kadang-kadang tak kena. Kita kurang menabung untuk pendidikan anak-anak. Saya sedih bila baru ni saya diberitahu mengenai seorang bapa yang ‘berkira’ bila nak keluar duit menghantar anaknya ke program seminar kecemerlangan UPSR sedangkan kat rumah dia ada dua set Hi-fi, sebuah TV besar dan berpuluh VCD (tak tahulah original ke pirated).

Begitu juga dengan rakan-rakan kita yang baru lulus peringkat sijil, mula bekerja dan membeli kereta baru serta bermegah-megah dengan aksesori kereta yang tidak perlu. Prioriti tu kat mana? Alangkah baiknya jika semua pekerja yang masih berkelulusan sijil atau SPM memperuntukkan sebahagian pendapatan bulanan mereka untuk tabung persediaan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan, ramai orang kita yang memang tak ada duit. Ini memang benar. Oleh itu, yang ini kena usaha lebih sikit la. Himpun duit sikit-sikit dan cari peluang yang ada. Jika anda benar-benar kesempitan wang tetapi berhasrat untuk belajar, di sana kini ada harapan…KWSP membenarkan pengeluaran wang daripada Tabung Akaun II untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Anda hanya perlukan surat tawaran IPT dan invois yuran berkaitan dan mengisi Borang KWSP 9H (AHL). Butiran lanjut boleh dilihat di sini.

0 comments:

 
Seraut Tasbih Travel - by Templates para novo blogger