PENDIDIKAN TINGGI ADALAH PELABURAN TERBAIK DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday, March 17, 2010


Dipetik dari artikel DR. OMAR BIN YAAKOB

Menurut pakar pengurusan kewangan Azizi Ali, pelaburan paling baik dibuat ialah dalambidang pendidikan.Tidak kira untuk anak-anak atau orang-orang dewasa, pendidikanlah tempat terbaik kitamenabur pelaburan.Bayangkan, pendapatan bagi seorang mengunakan sijil SPM ialah sekitar RM600. Jika beliau melabur sedikit masa dan kewangan bagi meningkatkan dirinya ke peringkat Diploma, gajinya sudah naik hampir 100%. Jika dia terus ke Ijazah Sarjana Muda, pendapatannya sebulan boleh naik lebih tiga atau empat kali ganda! Jika dia menggunakan pinjaman bank bagi membiayai pengajiannya, dengan mudah dia boleh melangsaikan hutang bank tersebut menggunakan lebihan pendapatan tersebut. Jika kita tidak fakir tentang ‘makan gaji’ atau hendak bekerja sendiri pun, kita digalakkan belajar di peringkat yang lebih tinggi. Kita perlu memenuhi tugas kita sebagai insan yang sentiasa mencari ilmu; dari buaian ke liang lahad. Kita digalakkan menjadi orang yang sentiasa dahagakan ilmu.
Di samping mendapatkan kelayakan untuk memasuki alam pekerjaan, kita berharap usaha kita belajar akan diredhai Allah, menjadi amal salih, menjadi jambatan mendapatkan rezeki yang akan dilaburkan kembali di jalan Allah dan seterusnya meningkatkan kekuatan ummah. Oleh itu jangan malas nak belajar, kuatkan tekad dan kesabaran menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran belajar. Apapun, sebenarnya peluang ke IPT kini terbuka luas.. bukan sahaja untuk lepasan baru SPM tetapi bagi yang telah lama meninggalkan bangku sekolah. Pokoknya ada kehendak, ada daya, ada usaha, inshaAllah ada jalan. Kalau dulu, pelajaran tinggi hanya bagi orang bandar tapi kini orang kampung pun boleh belajar tinggi. Kalau dulu nak dapatkan ijazah atau Diploma mesti cemerlang dalam SPM.. tetapi sekarang tak perlu lagi.
Orang yang tak ada SPM, (cuma PMR) pun boleh masuk IPT…!! Sekarang anda tiada sebab untuk tidak berusaha meningkatkan taraf pendidikan anda. Anda boleh belajar dengan memasuki 20 buat IPTA atau beratus buah IPTS, kolej kemahiran, kolej komuniti dan politeknik. Jika anda tidak mahu atau tidak mampu belajar sepenuh masa, anda masih boleh belajar separuh masa. Jika anda tidak mahu ke kuliah, anda boleh belajar secara jarak jauh. Pokoknya, anda hanya perlu bertanya diri anda, mahu atau tidak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. inshaAllah. Jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya?

0 comments:

 
Seraut Tasbih Travel - by Templates para novo blogger