PER: MEMOHON KEBENARAN MEMPROMOSIKAN TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN

Tuesday, March 16, 2010

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

PER: MEMOHON KEBENARAN MEMPROMOSIKAN TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN

Merujuk perkara di atas, saya Khairul Nazuan Khairuddin mahasiswa dari tahun tiga Universiti Al al-Bayt, Jordan memohon kebenaran pihak tuan untuk mempromosikan tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

2.Memandangkan tiada organisasi yang menguruskan serta memperkenalkan kaedah dan cara untuk pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah terutamanya Jordan, pihak kami terpanggil untuk menawarkan pengurusan serta bengkel untuk pelajar yang berminat.Peringkat yang ditawarkan kepada pelajar ialah Ijazah Sarjana Muda (BA) dan universiti yang ditawarkan mendapat pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi.

3. Antara universiti-universiti yang ditawarkan ialah : i. Universiti Al al-Bayt
ii. Universiti Yarmouk
iii. Universiti Mu'tah

4. Bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah : i. Bahasa Arab Dan Kesusasteraan
ii. Syariah (Fiqh wa Usuluh)
iii. Usuluddin

5. Setiap pemohon yang berhasrat mengikuti pengajian di unversiti Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (BA) hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimun yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut :

i.Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh lima (5) Kepujian dalam matapelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian.
ii.Pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua matapelajaran berikut :

1) Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
2) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
3) Pendidikan Syariah Islamiayah

6. Pengurusan yang kami tawarkan merangkumi seperti berikut :

a. Mengemaskini data/borang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi
b. Menyediakan bengkel "PENERANGAN DAN PERSEDIAAN" kepada pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke Jordan
c. Menyediakan tiket penerbangan
d. Rombongan jemaah pelajar akan diiringi oleh guru pengiring yang berpengalaman
e. Penginapan disediakan berhampiran universiti (rumah sewa/ asrama)
f. Pihak kami akan menyambut ketibaan para pelajar serta pengangkutan akan disediakan oleh setibanya di lapangan terbang Jordan

7. Maklumat lanjut boleh emailkan kepada kami di serauttasbih1511@gmail.com ataupun boleh terus buhungi kami ditalian :

Ustaz Che Ibrahim +6-0195410425 (Malaysia)
Ustaz Khairul +962-779513728 (Jordan)
Ustaz Mustaqim +962-779342082 (Jordan)

Yahoo Messenger "serauttasbih@yahoo.com"


Segala keprihatinan pihak tuan terhadap artikel ini,kami dahulukan jazakallahukhairanjaza'.Semoga Allah merahmati perjuangan kita dalam mentauhidkan kalimah Allah.

Syukran jazilan,

0 comments:

 
Seraut Tasbih Travel - by Templates para novo blogger